Monday, 16 January 2012

payah benar nak load pic.... adess

kenapa la klu nak load pic cukup lambat mablab n semaksud dengannya :\ ada ke patut load satu pic mkn masa berjam2 tp x sukses jugak loadingnye pun... sakit hati btoi la so yang request resepi kat inbox msg maap sesangat ler ye ( kena kenan loghat perok pas tgk crita tain 3t heheheeh) ate resepi tanpo gambor mcm x berseri je teman tgk.. :) sebut pasai resepi. kmarin waktu jejalan kat blog A lady's tweet - blogger Nurhidayu mazlan ( kawan lama nih dr time sekolah rendah g... hi ayu :) dapat la satu resepi ayam terutuk linda rafar ( dia kata dpt resepi dr segmen ketuk2 ramadhan sheila rusly artis jemputan linda rafar :) disebabkan bahan2 semua ada accept bawang goreng ( thanks hubby sanggup g kedai semata2 nak beli tu ja:) maka turunlah aku ke dapur. waktu baca bahan2 pun dah boleh bayang sedap wangi bau nanti,tp bila tumis ya rabbi wanginya terus dtg selera nak makan nasik.. hehehe ( shari dua ni x lalu nak makan nasi :) bila dah siap makan ngn anak3 yang hero bertambah 2 pinggan (portion dewasa ok.. but why la hero masih ttp saiz budak 5 thn huhuhu) yang girly twin sepinggan ja ( nasi tak habis, ayam je dia makan .. ni ibu angry ni ) yang kakak komen "sedap la ibu " katanya :) hubby x ckp apa2 pun tapi makan bertambah 2 pinggan hehehe.. action speaks louder than words kot ngeee...aku lak yang x lalu nasi ni bertambah 3 pinggan hahahaaha.... lepas ni ingat nak tukar ayam dgn daging pulak, kalau sedap masuk menu rumah terbuka aidil fitri thn ni.. ngeeeee ( posa ganti pun blom g suda fikir maw raya :) ni aku bg resepi ayam terutuk linda rafar k ( but always credit to ayu my friend:) bahan2nya: ayam 4 ketui digoreng kunyit (letak tepi) selabu bawang besar ( potong 4 ) 4 ulas bwg putih (resepi as 6 ulas tp x gemor sgt ngn bwg putih - cincang je) 1/2 senduk cili kisar ( aku pakai cili kering ) sebatang serai ( diketuk ) 1/2 senduk gula melaka 1/2 senduk kicap manis 3 sudu besar kerisek segenggam bawang goreng garam ( secukup rasa ) lada benggala minyak (2 senduk ) cara memasaknya amatlah mudah.... ngeeee goreng kunyit ayam dan diketepikan . Panaskan minyak dan goreng bawang besar diikuti bawang putih dan cili kisar.Bila sudah garing aku masukkan serai dan bahan2 lain ( kerisek , gula melaka n bawang goreng aku masukkan gaya aku kat sini heheehe... aku blend 3 bahan ni bersama2 :) pas tu masukkan kicap manis. bila agak2 kering ( disebabkan org dlm rumah ni suka kuah jdnya aku biarkan berkuah sikit ( suka hati jew :) lastly masukkan ayam n lada benggala. Dah siap..

No comments:

Post a Comment