Powered By Blogger

Saturday 31 December 2011

haaaa... meh sini ceq cla nak kongsi rahsia

Assalammualaikum..
Wahhh... title macam bes ja .Rahsia kan , sapa tak suka dengan rahsia... :)
Tadi aku baru jumpa satu member ni , dah lama tak jumpa . Maklumlah kitorang selalu jumapa time pick up anak dari skool . Dah nama skola cuti , mmg tak da la program menghantar mengambik anak kan?? :) Sebulan tak jumpa , bila jumpa berbual panjang la.. Dah tak peduli dah org lalu lalang tepi jalan pun kitorang layan sembang.Dalam duk sembang , aku perasan jugak la dia duk perati aku atas bawah . Lama2 dia pun tanya . Nampak slim la sekarang ( slim ka? )Makan ubat apa? Share la.. katanya .
Aku sengih ja . Lama jugak la dia duk ulang solan sama last2 , aku mengalah . Aku cakap tak makan ubat apa2 pun , dah badan tak mo naik makan mcm tu juga.. Dia macam tak mo percaya , tp apa aku boleh buat memang betui pun... sorry la klu jawapan aku tak seperti dia harapkan... Dia ckp dia try berdiet dalam masa sebulan ni tapi result hampeh . Kesia pulak aku dengar , what to do??? Metabolisme setiap org kan berbeza2..
Balik dari kedai , aku capai satu majalah . Saja belek2 sebab astro tak da siaran , hujan lebat kat area umah aku ni ha... Dalam duk belek2 tu sekali jumpa la satu artikel . Aku kira sesuai la tuk mereka yang tgh nak berdiet ni . Mana la taw kut2 azam thn baru korang nak slim melim kan body anugerah allah ni.. :)
Sekurang2nya tip2 ni boleh la membantu korang konsisten berdiet..
Langkah pertama : korang list apa sebab korang nak diet . Listkan sekali keuntungan yang korang dapat bila korang berjaya slim nanti .Ini dapat memotivasikan korang dan juga membantu korang bertahan .
Langkah ke2 : korang berpijak la pada bumi yang nyata ok . Means , tak yah la nak target penurunan besar mcm seminggu 10 kilo heheeh.. Dpt turun seminggu 2kg pun dah ok .
Langkah ke3 : korang jangan dera badan korang k , means , jgn la tetapkan sehaari 3 jam senaman . Cukup sekadar seminggu 3 kali . Aku pernah baca ( dimana aku dah lupa :) writer tu tulis , senaman hanya membantu proses mengurangkan berat , diet seimbang adalah yang lebih penting . Means , klu korang bersenam bagai nak patah tulang pun klu korang lepak kat mamak order roti canai teh tarik bagai .... sendri maw ingat :)
Langkah ke4 : korang mesti ada penyokong , mb hubby/wife , mak ayah or adik beradik and opkos member.. Sekurang2nya adalah yang akan ingatkan korang klu korang terlajak makan.. ( penting ni sbb kita bkn hidup sesorang ok ) Dun malu tuk mntak tolong mereka .
Langkah ke5 : korang pergi dekat dapur then buang semua snek , cekedis , sweets , makanan segera ( post kat aku pun aku terima.. membazir amalan syaitan :)Gantikan dgn buah2an atau kudap2an yang sihat .
Sebagai tambahan , ni tips aku sendri.. pergi mana2 kedai baju or jeans . Beli sehelai yang korang rasa korang nak sangat pakai klu mahai lg bagus . Balik umah gantung di tempat yang korang selalu lepak . Hari2 korang cuba pakai , try sampai boleh . Mungkin hari pertama korang akan sedih tension bagai.. ( mungkin jugak korang akan tiyak sambil jerit whyyyyyyy ... hehehe macam aku ) Tp bila korang dah boleh saruk baju or jeans tu (tanpa menyesakkan napas :) mesti korang rasa mcm top of the world lah.. ( mcm aku :)Bukan apa selain happy sebab loose weight korang juga happy la coz tak la korang membazir klu baju tu mahai :)
Korang mesti ingat , kekadang bila korang berdiet tak semestinya korang kena lupakan terus makanan pebret korang . korang boleh enjoy juz bersederhanalah :) Lagi satu ,tok sah duk naik penimbang hari2 , memadailah seminggu sekali , trust me penimbang bknlah bespren korang time diet2 ni... (boleh wat korang g kedai beli es krim , tak percaya??? aku dah merasa le... stress terus ,makan dah diet sihat tapi timbang jarum duk tang tu jugak..:)
Klu korang nak taw apa tu diet sihat , senang je kurang garam kurang kalori banyak mkn buah minum air.. its simple as that ( but why so difficult to follow , haaa tang ni la korang kena persiap mental korang..) makan ketika lapar sudah seblom kenyang mcm tun mahathir pun boleh .Makan tuk hidup bkn hidup tuk makan . Kekadang kita makan bukan sebab kita lapar tapi sebab kita nak makan . Malaysia kan bumi bertuah , makan sana sini.. So , everything is in your hands . Make a choice . Samada korang nak hidup sihat dan gembira atau hidup gembira ( kenyang makan la katakan :) tapi baju kena shopping certain2 kedai( klu aku terus tak gembira.. :) So choice wisely kawan.. korang boleh buat punya la.. chaiyo chaiyo , hidup sihat rasa hebat :)

lapor.....

Pedih perut la pagi ni.. Laporrrrrr hubby kuaq beli nasi lemak pun blom balik2 lagi , sat si kembar bangun dah nak kuaq g tangkap gambar tuk tadika depa . Adess.. ni la yang dapek bila kmarin juz makan kepok lekor ngn bhun sup.. Dah taw perut tu size extra large , small portion jugak aku nak taruk.. kan dah masuk angin , kang merebus megi juga aku pagi2 ni... :(

Friday 30 December 2011

apa nak kata???

(muka memang tak bley blah.. this pic tell you something bunyi cmni.. heheeh ada aku kisah... kekeke :)
Assalammualaikum..
Petang td lepas bawa anak3 ke pasar malam (dekat je , dlm kawasan taman aku duk ni ha..:) aku sempat gosip2 dengan jiran merangkap kawan aku jugak le. Dia ada tanya adakah si fulan tu dah tak bercakap denga si fulan ni hehehe ,berbelit2 pulak aku :) Sememangnya aku dah tak abek taw dan dah malas nak abek taw.. titik!!! Serik .Mungkin perkataan tu paling sesuai tuk aku gambarkan tentang hubungan aku dengan si fulan dan si fulan ni heheh:) Orang cakap friends always forgive , semangnya aku memaafkan mereka , tapi untuk aku melupakan perbuatan mereka mungkin tidak.. hahaha bunyi seperti aku berdendam tapi bagi aku biarlah aku dgn hidup aku , dan mereka dengan hidup mereka..
Walau dulu kami (aku dan dua org fulan tu le..:) akrab . Jiran ketika kami tinggal di kuartes penjara Taiping dan membawa persahabatan kami sampai di taman baru ni.. tapi sifat cemburu dan buruk sangka memusnahkan hubungan persahabatan kami bertiga . Walau aku rasa aku sudah mengenal hati budi mereka ,sesungghnya benar rambut sama hitam hati lain2 :) Bagi aku untuk membina persahabatan mmg memakan masa , tapi nak memusnahkan hanya sekejap. Sekiranya ini yang mereka hajatkan aku sedia memberi . Sedikit pun aku tidak rugi apatah lagi untung . Hidupku tetap mcm dulu , happy je dan hopefully depa pun sama amin..

yeay... thn baru nak mai dah..!!

Asslammualaikum..
Hari ni hari jumaat terakhir umtuk thn 2011 . Pejam celik pejam celik dah nak masuk thn 2012 . Sekilas fikiran melayang memikirkan kejadian sepanjang tahun 2011 ni.. Tahun ni bermula dengan anak sulung masuk darjah satu . Sedikit panik bila tgk dia tak dpt menjawab solan ujian untuk menentu kelas . Terdetik di hati kesian anak aku :( Terus bertekad nak pastikan dia pandai membaca . Sesungguhnya kunci menjawab ujian tu adalah tahu membaca soalan yang tertera di kertas soalan . Alhamdulillah , masik minggu ke2 persekolahan anakku fasih membaca . Subjek matematik aku tidak risau sangat kerna anakku pintar dalam mengendalikan nombor . Setelah misi ku berjaya (memastikan dia pandai membaca.. :) aku diuji lagi dgn masalah yang menimpa anakku di sekolah . Hati ibu mana yang tidak gusar apabila melihat anak tidak ceria dan sedih bila di tanya pasal keadaan di sekolah . Salah seorang rakan sekelas gemar membuli dia Seperti biasa aku memberi nasihat dan semangat agar dia tidak terus di buli . Alhamdulillah kejadian buli itu terhenti di situ sahaja .
Pejam celik pejam celik , anakku berjaya mengharungi musim persekolahan dgn sempurna . Keputusan peperiksaan juga membanggakan aku . Malah kata guru kelasnya anakku pintar dan senang diajar , sejuk perut katanya.. :) Maka hari2ku dilalui dgn baik dan biasa2 sahaja.
Apabila tiba hari raya , seperti biasa aku menyambut bersama2 keluarga tanpa arwah mak dan ayah . Kehilangan mereka amat dirasai apabila melihat wajah adik2 ku . Terngiang2 pesan arwah agar menjaga adik2 , buangkan sikap pemarah ( akak masih mencuba mak..:) sayang dan hargai suami dan anak3... Sesungguhnya aku amat merindui nasihat dan leteran mak dan ayah, semoga roh mereka bersama orang2 beriman amin .
Bulan november merupakan ujian buat ku dan abang yang sulung apabila adik lelakiku ingin bertunang . Urusan gubahan hantaran diserahkan kpdku . Walau ini kali ke3 aku melakukan gubahan , alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan :) Hari meminang , majlis berjalan dgn sempurna :) Ketika itu memng terasa pengorbanan mak dan ayah .Manakan tidak , baru dpt kurasai susah payah menganjurkan majlis . Masa aku bertunang dan seterusnya berkahwin ,segala urusan mak dan ayah yang selesaikan . Dalam usia muda (28 thn.. muda ke??? :) aku dah merasa memikul tanggungjawab besar , syukur ya allah pengalaman sebegini mendewasakan aku .
Penghujung tahun keluarga hubby diuji apabila mak mentua ku dimasukkan ke hospital . Setelah lebih seminggu di hospital , alhamdulillah doktor benarkan beliau pulang . Sekarang sudah berselera kembali makan (mak , semoga mak kembali sihat seperti sediakala amin.. :)
Bila kuimbas kembali sesungguhnya tiada apa2 yang sensasi ttg hari2ku selama 365 hari ini. Aku tetap sama , bezanya dulu aku tak pernah terfikir akan memandu kerete.. sekarang aku juga bergelar pemandu . Dulu pernah terfikir nak tgglkan anak3 ( takut tak dpt mengharungi karenah anak3 ) skg anak3ku lah semangatku , sebab aku bangun setiap pagi . Seperti kata pepatah lah bisa tegal biasa.. Dulu pantang silap sikit melenting meroyan lah aku marah2 skg aku bnyak berfikir dulu br bertindak.. :)
Kedatangan thn baru 2012 ni tetap aku nanti2kan.. Semoga thn baru ini akan lebih bermakna dan aku akan lebih bersemangat mengharungi hari demi hari bersama keluarga tersayang di dalam keredhaan Allah swt . Semoga aku kekal positif anak3 dan hubby berjaya cemerlang gembira sihat sejahtera... Ku doakan juga agar korang happy dan berjaya mendapat apa sahaja yang korang inginkan....Amin :)
Assalammualaikum..
Rasa mcm ada benda nak story , tapi seblom apa2 ingat nak g cari bantAi dulu hahaha.. Nak balas dendam sat.. Cuaca sejuk2 ni syok la merekot atas katil.. :)

Thursday 29 December 2011

letih...???

Assalammualaikum ....
Rasa macam lama ja tak hapdet blog ni.. hehehe Hilang 3 hari ni bukan kemana2pun , balik kampung hubby ja.. Biasalah klu balik kampung memang dah rutin memasak jamu mak mentua , sebut je la nak makan apa , selagi taw masak ke dapur la aku.. Bukan kena dera ok , (erk .. bukan ke?? wahahaha ) Hari pertama kitorang sampai , terus ke Hot Spring Ulu Lenggong , Baling . Pi sana gegether ngn famili abang yang sulung .Kira last trip sblom buka skola . Seblom ni mmg tggn nak pergi sana tp hubby ckp faktor keselamatan terpaksalah keingginan dilupakan.. ( wah ayat... :) Sampai di Baling jam dah pukul 8.30 mlm.. tggu famili abang , akhirnya dlm jam 9 kitorang pergi .
Ketika dlm perjalanan , terdetik di hati betui juga.. jalan sunyi gelap ja , jumpa kereta pun sesekali ja lampu jln pun x da memang tak berapa selamat la klu ttba keta breakdown. Bila dah sampai ja.. humangaihhhhh , happenning gila.. punya la ramai manusia... Ada yang hampar tikar , diri khemah tak kurang juga yang bawak kanopi ( famili besar agaknya... heheehe ) Anak yang sulung ngan sepupu dah semangat nak berendam... Yang kembar tak mo , takut ayaq panas.. hahaha ( selamat.. klu tak kena la bersalin baju bagai :) Aku pulak hanya berendam kaki je.. tu pun bersempit2 dgn org ramai... hubby lak jd jaga (hahhaha..dia jaga beg ) tak jd berendam bila tgk manusia ramai sgt.. Walau tak da rendam badan tp seronik juga , maklumlah dpt jumpa ngn abang sulung n kak ipar ( love u sis.. :) Dpt gak catch up gosip2 dr penang.. hahaha Lebih kurang pukui 2 am kitorang berangkat pulang.. Lain kali klu ada rezki , nak booking homestay kat situ.. Rasanya view dia mesti cantik pagi2.. tp sayang hubby tak bnyk snap pic.. yang ada pulak tak clear sgt.. menchi :|
Sampai umah mentua dah pukul 2 lebih.. Tak tidor lagi mak n bapak , tggu kitorang terus rasa bersalah.. ( sorry.. :) Sempat la sembang2 dlm pukul 3 lebih masuk tido . Letak ja kepala mmg tak sedar diri.. terus subuh gajah.. Astaghfirullahhalazim.... paginya mula la start program masak2 bersama chef cla... :) Disebabkan mak mentua nak makan laksam , so menu tuk hari tu laksam.. Sambil2 lengat isi laksam , sambil2 masak tengah hari.. menu masak lemak dan sambal belacan . Habis masak kasi mak mentua makan , heheeh tambah dua kali dia.. teringgin sungguh :) Lupa nak cakap mak mentua baru ja keluar wad , keracunan makanan pas tu demam lak tak kebah.. seminngu juga di hospital. Makan pun tak lalu , so bila dia ckp teringgin nak makan ja terus masakkan.. bukan pasai apa , pak mentua puas pusing pasar malam , tak de yg meniaga laksam ( agaknya org kelantan tu balik cuti.. :) Habis makan laksam makan nasi , pun bertambah.. Alhamdulillah. Duk petang tu , bg cadangan kat hubby alih perabot ke dlm bilik , so adala ruang sikit tuk letak kerusi sandar mak.Bolehlah dia baring2 depan tv .Bila dah alih2 perabot malam tu pakat sakit pinggang.. heheehe
Hari kedua pulak , ada kakak ipar n famili balik jenguk mak mentua. Makan pagi nasi goreng ( kak ipar masak , aku bangun makan je ) tengah hari pun dia jugak masak . Bila petang aku dan dia buat lepat liat , first time buat lembik tp sedap juga :) Sambil kukus lepat ada pula permintaan nak makan lopes , maka menu santap petang kuih lepat liat n lopes (heheehe... ) Lepas maghrib depa balik , aku masuk bilik n tido , time dah 1 pagi lebih . Mcm mlm2 seblomnya , letak kepala ghaib ke alam mimpi.. hheheeh
Esok pagi bangun masak nasi tumis dgn sambal ikan masin telur dadar . Sambil2 tu tumis kari ayam nak cicah roti jala . Siap , hidang makan ngn mertua . Macam biasa nasi tumis aku mmg pebret mak hehehe bertambah dia makan , pak pula tgh sedap makan terlekat.. Kesian dia ... Habis tu masak menu tengah hari , ayam masak merah ayam goreng ngn sambal macang ( pebret hubby :) Siap masak , aku start wat karipap inti ubi campur aym n lada hitam ja.. heheeh saja aku tukar inti , selalu inti rempah.. jemu masak inti lain , siap canai aku goreng dan hidang.. heheeh makanya tengah hari kitorang makan karipap . Nasi petang baru makan.
Habis makan jam dah pukul 5 ptg , mak mentua tolong packed barang2 nak bawak balik ke taiping.. ada buah belimbing , serai , asam keping sampai baju yang aku jemur kat ampaian pun dia lipat na letak dlm paper beg.. ( thanks mak..:) Kitorang bertolak balik ke taipin dlm pukui 8 mlm. Sempat lagi hubby ajak makan koay teow kerang ( sedap sgt..nyum nyum nyum)di baling . Lebih kurang pukui 9 lebih baru kita bertolak . Dlm kereta aku mkn kuaci ( sampai terbelah bibir.. :) sebab nak teman hubby drive.. Aku klu tak mengunyah memang mata ni nak lelap la.. Sampai di taiping around kui 12 mlm . Letak kepala mmg terus lena. Nasib la subuh tak gajah.. Punyalah sakit pinggang n letih badan tak taw nak habaq.. ( letih2 pun bnyak pula aku type ni.. hehehe :) haaaaaa... ni lah benda2 yg happened time aku balik cuti di kampung hubby...

Sunday 25 December 2011

laksa makcik piah.... nyum nyum

Tetiba rasa macam nak makan laksa makcik piah.. hahaha harga singgit je ,  kuah ceroi ( cair la tu ) ada timun dgn bawang je.. boleh kira lak tu.. hahaha tapi tetap rasa mcm nak makan lagi . Mungkin sebab makcik piah tu ramah orangnya.
Aku kalau pergi makan satu2 tempat kalau servis sempoi makanan tak sedap memang aku serik ,  tapi makcik piah dikecualikan . Apa agaknya pelaris dia..??? ( heheehe jahat mulut taw..)  Yang betuinya aku rasa dari aku beli maggi then rebus makan baiklah aku start enjin keta beli laksa makcik piah,singgit je.. balik buh dalam pinggan makan.. walau ceroi tapi ada jugak rasa asam garam manis ikan .. ke ni alasan aku sbb malas nak masak hari ni... hhahaha

alahai anak3ku... :)

Assalammualaikum...
Hehehhe.. ape kes la sehari dua ni anak3 aku pakat nak bela pet.. aduss , depa ni x mengertikah akan kemalasan dan ketak sukaan aku ngn hewan2 peliharaan ni... yang sulung habaq nak bela burung , yang boy twin nak bela kura2 yang girl twin nak bela ikan...
Sebagai ibu yang amat sibuk ( hhahahaah... kononnya :) malas betui la nak layan permintaan yang tiga ni . Hubby bila aku crita dia duk gelak.. ( tensen terus.. ) oh anak2 ibu yang dikasihi , bela hewan yang boleh cari makn sendri bleh tak? Tak pun ia boleh bersihkan diri ke?? ( ada ke? ) Malas betui nak pesah ( uruskan.. ) benda2 mcm ni.. Dah sedap2 melayan tenet anak3 nak sabotaj latu.. Kmarin ja dekat 5 kali si hero kecik ni duk ulang tanya pasai kura2 idaman dia tu.. Beli wat lauk baru taw.. grrrr Bila si hero mula tanya pasai kura2 idaman maka berjangkit2la habis dgn kakak n adik kembarnya.... Maka ketensenan aku tak habis di situ , tetiba depa tiga beradik pakat wat muka konon cute..( memang cute pong hehehe... ) sambil merayu "boleh la ibu... pelissssss "
Aduss... bukan tak kesian tapi memang tak suka la membela2 ni . Banyak benda nak kena jaga . Makan minum kebersihan tu blom masuk nak kena psikologi klu pet tetiba kiok... Lagipun boleh ke tiga beradik ni bertanggungjawab ngn pet's depa??? Jumpa kumbang pun geli.. tgk kucing kat kedai makan pun dah ajak balik??? Tup2 teringin pulak nak membela.. Elok2 duk takut tetiba ja berani..
Sat g depa bangun tido nak deliver berita sedih , hasil perbincangan ngn abah depa ( kononnya.. hahaha mana da bincang2 bila hubby sronok gelak , nyampah ;) haiwan peliharaan tak boleh masuk umah hehehe... Tempat pet's ni kat kedai ja.. hahaha , nak tengok boleh nak bela sorry . Pas tu nak ajak depa g beli es krim ( bg makan benda manis kot2 la depa wat muka sedih hahaha , back up plan mesti ada :) Klu itu pun tak jalan , aku wat muka seyes sikit , jegil sikit pas tu lontarkan kata2 hikmat yang bunyi macam ni , pilih antara ibu atau binatang2 tu???? (wah... i likes drama :) Konpem depa pilih aku , wah konpiden tahap otromen dah ni...

Saturday 24 December 2011

awet muda ? rahsia? perli ke?

Assalammualaikum...
Dah petang dah . Kejap lagi dah masuk waktu maghrib . Kejap je rasa , pejam celik pejam celik... dah habis seminggu . Erk bukan habis seminggu je , dah nak habis setahun pun... Dah nak masuk tahun 2012 . Umur pun makin matang , kulit pun dah tak setegang dulu.. (wahahaha... ) Dah nak masuk 29... tapi ada member yang ckp tak makan tua.. betui ke?? Ntah2 dia perli kan??? Kalau tanya hubby pun dia jawab mcm tu jugak.. macam 25 kata dia.. biar betui?? Ntah2 ayat jiwa2 ja.. hahaha
Tak kisah la nampak muda ka rasa tua ka.. yang penting happy , kalu hidup bahgia mesti ceria bila ceria baru nampak muda.. hahaha Tu ja petua aku ( tu pun kalu betui aku nampak muda ) Alhamdulillah , allah pinjamkan aku kulit yang awet muda . Senang jaga , tak dak makan belanja banyak pun.. tak da beli pencuci ka skrub muka yang mahal2 pun.. Kalu mandi pakai dettol , dettol la aku sabun muka , kalu sabun burung (ala yang bungkusan dia hijau tu.. wangi sgt :) sabun tu la dr atas smpai ke bawah. Tak da petua jampi hembus2 pun . Pimple biasa la , sebulan sekali datang jugank melawat , tak cukup seminggu dia tak maw balik.. bertenggek ja kat pipi ni.. :) hubby pun tak da habis duit banyak tuk produk penjagaan kulit wajah ni.. ( pasai tu dia sayang kot... wahahaha)
Dari kecik smpai sekarang memang bab produk2 ni menang kat syampu ngan perfume ja ( tu pun yg ada juai kat giant econsave ja.. ) tak pakai yang designer punya pun.. hahha , pasai tu pun boleh happy , coz taw dah tiap2 bulan memang tak belanja duit ke arah itu . Prefer g mall beli es mcD drbeli produk2 segala tu.. Hahaha ... pasai tu kut selalu happy dan wajah manis( hahaha kononnya.. :) sbb byk makan es krim..
Crita pasai nak masuk tahun baru , azam dr tingkatan5 membwa ke tahun ni baru tercapai.. wahahaha Bukan azam apapun , juz nak turunkan satu size pakaian... dulu pakai XL.. sekarang pakai ... ish malu la nak habaq... hmmmm... habaq la no , t ang pa majuk lak... hahaha , dulu size XL sekarang M pun dah muat... kekeke , bayangkan la darjah 5 pun dah 50++ kg.. tggi time tu tak tggi mana.. dah mcm doraemon , bulat2 pendek2.. hehehe
Alhamdulillah... tp korang yang gebu2 tu dun kecik hati ,x dak niat nak kutuk sesapa.. as well korang selesa ngn diri korang , yang lain apedehal.. kan? Janji happy.. :)
So , bila dah tercapai azam aku tu.. kiranya kena wat azam baru la pulak.. Azam aku tuk tahun 2012 ni adalah................................................................ hahahaah , drum roll please.... hahaahah aku nak maintain berat dan size tu ( bukan apa bnyak dah habis wet beli baju size M... sob sob sob kang aku membesar kembali nak pakai baju apa ? Baju lama dah buang ada yang bagi kat orang... dan yang paling penting nak jadi orang yang positif ( mcm sekarang.. :) dan happy (pun mcm sekaarang ) , sebab aku selalu percaya a happy mum makes a happy child and a happy child will make a father so happy and op kos when my hubby happy, im happy , so al-kisahnya we'll be a happy family , amin...
Harap azam korang pun akan tercapai mcm aku , klu blom dun give up , tgk je aku ni.. dr umur17 sampai dah 28 , 11 thn oooo ( lama tu...) baru tercapai... agi hidup agi gelaban !! chaiyok2
when there a will there a way , cuma kena be logik and smart mesti boleh fulfill punya lah... gud luck :)

menu apa hari ini

Assalammualaikum..
time lunch dah sekarang , tp aku masak pun blom lagi.. hehehe Pagi td masak bihun sup for breakfast . So perut masih full lagi. Yet duk fikir nak masak apa tuk santap tengah hari ni??? Rasanya klu tanya soalan " sejuta ringgit money drop " pun senang jawab.. heheheehe.. hubby pun dah x dak idea nak bg... kan dah cakap soalan ni susah.. boley berdarah hidung fikir taw.. wahahaha :)
Tapi rasanya nak masak thai style kot .. heheeh wat padprik ayam pastu sup sayur ..( nyum nyum nyum sedap.. :) Selalunya org penang ni suka kari / gulai kan? Tapi aku tak berapa lah sangat ngn kari2 ni.. Sesekali bolehlah , tu pun setakat makan tgh hari , malam kari tu wat cicah riti je.. hahaha muak ( jemu) .. Anak3 pula mmg suka makan nasi kering2 ( tak berkuah sangat :)
Tapi memang dah adat agaknya , klu makan sesorang memang x berapa jalan.. klu makan ramai2 satu famili.. maw la berulang tambah nasi.. hahaha.. kena pulak mkn depan tv , mmg lari la diet seminggu.. hahaha So,korang hujung2 minggu ni makan gegether ngn famili ke? wah... sedap nya mak korang masak , aku dah tak bertuah nak makan masakkan mak aku lagi.. sob.. sob.. sob Sesungguhnya jika kita menyayangi seseorg itu pastinya allah lebih sayangkan dia.. siapalah kita nak menandingi kasih allah kan? Semoga roh arwah bersama org2 yang beriman.. al-fatihah
Hmmmm... terus terkenang masakkan arwah mak aku , mcm kata org masakan paling sdap dlm dunia ni mestilah dr tgn ibu.. ( mmm.. masakan dr kedai yg dibelanja pun sedap juga... hahahaah ... :) Org kata lagi , nak ikat hati suami ikatlah perutnya.. bukan ngn tali ok ( cian dia :) tetapi dgn masakkan dr air tgn isteri.. ;) Nak lembutkan hati anak2 pun kerna makan dr air tgn ibu juga , bila nak masak selawat atas nabi , insyaallah niat n doa allah lembutkan hati mereka. Lagi satu masakkan org yg tidak alpa akan solat.. insyaallah tidak gelap hati org yg memakannya.. :) Orang kata makanlah tuk hidup bukan hidup tuk makan , jadi sederhanalah dlm semuanya..
Selamat menjamu selera kawan.. Salam :)

akhirnya...

Assalammualaikum...
Akhirnya berjaya juga la add nuffnang masuk blog aku ni. Heheheeh... tak sangka buta tenet mcm aku ni boley jugak create my own blog. Lagi rasa tak percaya bila sendiri2 duk mereka tp op kos la ada pembantu.. my own brain n my own fingers... hhahahaha , go cla go cla you can D to the O to the I to the T.... you can do it yeayyyyy...!!!! :)
memula buat dulu blog nmpak tak bes ja.. mcm boring ja.. murung ja perasaan tu bila tgk.. hehehe , sekarang seyes happenning.. kekekeke ( sapa lagi nak puji klu bkn diri sendiri ..:) tapi betoi mcm org kata (org mana yang kata x taw la pulak.. hahaha ) kalu sesuatu tu kita usaha sendiri walau susah dan pahit macam manapun pasti terasa indah dan manis apabila usaha kita tu mmbuahkan hasil..
Hmmmm... cakap pasal buah , sat g nak kenakeluar g mall , nak cari buah limau manis.. hehehe, nak raya cina ni mmg berlambak la buah limau manis.. beli banyak2 simpan dlm peti es ( hehehe.. bukak peti es nampak buah limau , oren ja view dia... meriah... :) pastu pakat berulang la satu famili bukak peti es.. setakat beli 2 @ 3 kilo tu tahan la 3 hari.. kekeke , memang hantu limau.. ketupat pun x layan macam ni taw..
Aku kira cukup sampai di sini dulu , ada ruang waktu aku pasti menulis lagi. Salam :)

Friday 23 December 2011

kenapa......?????

Assalammualaikum..
Adussss.... tensen la bila hubby balik then habaq kat aku kad bank aku problem... Malas betui nak pergi bank . Malas betui nak keluar hari ni . Malas betui nak buka pintu keta . Malas betui nak kunci pagar umah . Pendek kata nak crita pun malas lah.... :)

Thursday 22 December 2011

sesekali aku teringat

Assalammualaikum..
Sesekali aku teringat nostalgia time sekolah dulu2... ( ni semua pasai anak2 menerai baju sekolah la ni hehehe... ) Waktu tu kepala ni ringgan ja. Zaman tak da masalah .Klu ada pun masalah , mungkin pasai takot nak g sekolah pasai homework lupa buat.. heheehe . Zaman tak da tanggungjawab berat . Macam arwah mak aku selalu ckp , nama pun sekolah , g skola wat perangai elok2 jangan melawan cikgu .
Sekarang , orang lain aku tak taw tapi aku memang selalu tensen , bukan tensen apa juz tensen nak masak apa ya hari ni.. hehehe, bila dah tak da idea , hubby aku la aku ajak join fikirkan masalah negara aku ni . Dia pun kekadang tensen sampai speechless hahahaa ( memang masalah berat taw.. cian kat dia... )
Dulu bila habis ja sekolah , berebut2 nak balik . Bukan rindu rumah sangat pun , sebenarnya berebut2 nak beli jambu serbuk asam makcik yang duk sebelah sekolah ( oh sedap.. ) Hebat tak hebat penangan jambu makcik tu klu nak taw , sampai la aku klu teringat nak makan jambu dia , aku t beli buah jambu pas tu hiris nipis2 taruk dlm plastik then tabur serbuk asam hahahaha.... dasyat !!!! Sambil makan aku nanti story la pasal kisah jambu makcik tukat anak3heheehe
Bila dah sampai ja kat umah aku nanti tolong mak perisi tauge. Mak time tu bisnes mee kari ( sedap wei.. ) dan bihun sup dekat ngan padang di airport bayan lepas ( skg dah jd tempat parking lori n staff kot klu tak salah aku la... :) Habis perisi tauge mandi makan nasi pastu tunggu ayah siap2 nak keluar meniaga. Aku akan tolong ayah tolak kereta tolak ( dulu pakai kereta tolak ja.. ayah belom beli kereta.. ) kereta dia sebenarnya hanya pakai basikal n ada peti beroda tiga ( mcm dlm crita bujang sepah tu..) Ayah panggil kereta roda tiga . Aku akan tolong tolak sampai ke jalan besar , sebabnya time tu kampung aku belum ada jalan tar , kesian ayah nak kayuh atas jalan batu2 jd aku tolong la. Ayah akan bg upah sebab tolong dia :) Duit upah selalunya aku wat neli keropok jajan hehehe.. budak2. Aku time tu br darjah 3 atau 4. Budak lagi ,hinggus pun duk meleleh lap kat baju kekeke...
Habis tolong mak n ayah , aku siap2 pergi mengaji. Tok guru aku pun dah arwah sekarang . Tapi bunyi libasan rotan dia kat lantai masih aku ingat lagi.. hahaha berhantu beb.. Balik mengaji aku akan tolong mak lipat baju . Lipat pun lebih kurang ja.. hahaha, bukan apa dah tak leh fokus dah.. member duk mai panggil ajak main . Kaki pun terketer2 wahahahaah... Time main memang sepenuh jiwa la. Kalu main sembunyi2.. hutan lalang pun redah janji member tak leh jumpa . Kalu main tuju kasut , memang sakit la badan kena tuju.. aku ni lemah sikit kalu masuk bab aim mangsa ni.. sasaran tak pernah tepat ( cis...!! ) Tapi paling bes kalu time hujan , sedaq2 dah berkubang dlm lopak hahaha.. bukan dalam mana pun, lepas tapak kasut selipar ja tapi berkubang tetap berkubang .
Yang paling aku ingat , klu time tu tengah hot sukan badminton kat tv , petang tu mesti main badminton :) kalu kat tv hot bola, aku melopong ja la... gang lelaki pakat membolakan diri sendiri kat padang sekolah . Yang pompuan main batu seremban ja la... hhaha sampai batu pun bulat mcm bola sbb asyik duk bergolek sambut bergolek sambut :)
Itu dulu la , time aku .. dlm 90-an gitu.. Budak2 sekarang dah tak main macam tu kut. Aku tak taw la anak orang lain , tp anak3 aku mmg x main la mcm tu. Main pun dlm kawasan rumah ja. Bukan mengonkong ok, tp tak leh percaya la keadaan sekarang ni , bahaya di mana2... Nauuzubillah Dari main kat luar tu aku prefer anak3ku main dlm umah ja , yang sulung nanti baca buku cerita yang kembar warna2. K lu mai bosan, depa main ligan2 dlm umah main bola dlm umah ( sbb tu umah aku yak da pasu bunga or lampu lantai :) Bosan lagi depa buka youtube cr video nasyid la upin ipin la ben10 la takpun main game dlm internet . Memang bosan jd budak2 zaman sekarang, tpapa nak buat , safety first .Sesekali bawak depa santai2 kat taman or jejalan makan ais krim . Itu ja yang aku boleh buat.. kesan...
Aku rasa cukup sampai di sini dulu, punya ruang waktu aku pasti menulis lagi . Salam :)

Cepatnya masa berlalu...

Assalammualaikum...
Rasa macam baru semalam keluar shopping pampers anak. Hari ni dah keluar shopping uniform sekolah anak3. Yang sulung akan masuk darjah dua manakala yang kembar akan masuk tadika. Sekejap ja... macam baru kemarin tolong pakaikan kasut yang ada tali , so tak terlucut la bila pakai.. hari ni dah duk menerai (mencuba la tu ) kasut sekolah. Muka masing2 senyum ja.. Dah nak masuk sekolah , tup2 esok dah nak ambik periksa SPM... tgk2 dah kerja . (kalau dah kerja gaji kasi ibu 10% .... hahaha )
Waktu sesi menerai pakaian sekolah tadi sempat juga aku pesan kpd anak2ku , sekolah rajin2 , jgn bergaduh , bila makan jaga baju.. ( ni penting ni hehehe.. ) kalau tak tahu jgn segan bertanya , jangan menagis ( ni khas tuk si kembar.. waahahah ) dan jaga barang ( ni khas tuk yang sulung... pening tahun lepas asyik beli pemadam dan gam tak habis lagi.. )
Semua senyum dan cakap "ok ibu... " Harap2 tu ok la .. Hmmmm.... Amin. Sempat juga anak2ku tanya, klu semua org g sekolah ibu nak buat apa sesorang??? Hmmmmm nak wat apa ye...? Sekali hubby ku mencelah , " ibu blogging la... " ( ces , terkena aku... kekeke ) Walaupun betui tapi geram juga bila dia perli2 ... :) Takpa , sat aku nak goreng ikan boh garam bebanyak biar dia migrain ( boleh ke ? ) hahaha...
Ibu buat la apa yang selalu ibu buat mandi, masak, basuh baju, kemas rumah, update pesbuk n blog, pick up korang dr skool then kita singgah kedai beli es krim tggu abah balik kita makan nasi macam selalu tapi opkos bila korang tak da ngn ibu , ibu sunyi.... huhuhu tapi klu abah ada, abah yang hantar korang ke skool pas tu abah n ibu g makan2 jalan2 pick up korang dr skool balik umah mkn nasi .... hahahaha sama ja ,cumanya bila abah ada ibu tak la sunyi wahahaha.... Terus anak3ku wat muka tensen....
Sapa suruh tanya... kekeke
Aku kira cukup sampai di sini , punya ruang waktu aku akan menulis lagi . Salam :)

permata hati saya dan hubby





Wednesday 21 December 2011

krismas krismas sana sini krismas...

Assalammualaikum
Hehehee.. jumpa lagi kita ye... Kali ini aku nak cakap pasal krismas. Bukan nak crita asal -usul krismas , tapi masalah aku yang berkait dengan krismas. Benda ni jadi waktu aku dan famili keluar ke satu mall baru2 ni. Merata kedai juai barang hiasan krismas. Memang satu pemandangan biasa setiap kali ada sesuatu perayaan. Nampak hiasan pokok krismas kecil , lampu2 duk kelip2 , salji2 ( heehehe kapas daaaaa.... hahaha) topi2 salji... ish , kalu nak tuliskat sini memang tak masak la aku hari ni.. macam2 ada!!!
Dalam duk jalan2 sekali aku perasan puteri sulung ku asyik duk tersengih2.. Selalunya klu sengih2 mcm ni ada la tu yang dia nak... ( mom's always know.. :) Sangkaan ku tepat. Dia mahukan topi krismas. Hmmm topi yang macam santa clouse dlm tv (hehehe aku x pernah jumpa santa clouse luar tv , sorry no hard feeling ye.. ) pakai tu. Aduyai... Dlm banyak2 benda topitu jugak dia maw. Mungkin bagi korang , ala beli ja la.. budak2... Haahahah, tidak bg aku.
Kalu nak kata aku ni tak open ke, katak bawah tempurung ke.. ikut korang la :) Bukan anti-christ ok... cumanya aku tak mahu dia terikut2 budaya mereka. Cukuplah di tv ada lambakkan crita pasal keajaiban krismas.. kang terpesong pula akidah puteriku. Terpaksa la aku menerangkan apa itu krismas n siapa yang menyambutnya.dia angguk faham walau ada macam riak tidak puas hati di wajahnya.. ( no needs to be a mom to knows it la.. sampai berkerut2 kening terkembang2 hidung , memang tak puas hati la tu... hahahaaha) Maka aku pun cakap dekat dia pasal hari raya. Sebagai umat islam kita raikan hari raya malah bukan satu tapi dua... :) Tiba2 dia cakap... " kalau macam tu tak leh main salji la... " hahaha. Rupa2nya dia nak topi tu bukan pasai dia suka krismas.. tapi dia nak main salji je... fuhhhhh Dengan leganya aku ckp kat " dia dun worry malaysia memang tak da salji pun.. hujan adala,t bebila kita main hujan..."
Heeheheehe... anak2 macam ni la, kekadang keletah mereka yang buat aku sengeh sorang2 , macam sekarang ni. :) Apapun sebagai parent kerisauan sentiasa ada dlm diri. Anak amanah Allah. Ibarat kain putih kita yang mencoraknya. Hidup di zaman moden di mana semua benda hanya di hujung jari , mendidik anak2 ibarat menarik rambut dlm tepung, rambut tak putus tepung pun tak selerak. :)
Walaupun begitu, aku tetap suka musim perayaan.. kenapa tidak? Sales dr pakaian ( aku suka ... ) sampai alat mainan ( hero kecik aku suka ) kena pulak sekarang kan YES time... hahahaha Year End Sales... ( nampaknya aku tak la selalu duk bawah tempurung... kikiki ) Satu lagi musim perayaan adalah hari cuti... hohoho ( klu time kerja kilang dulu dah double triple aku buat ot... tp dulu la ) sekarang lepak depan tv mkn roti ngn hubby ( oh bes... hahahaha )
Jadinya tuk gang yang celebrate krismas, wished you a merry xmas... have a great holiday.
Aku kira cukup sampai di sini dulu ada ruang waktu aku pasti menulis lagi. Salam :)

nak buka sekolah dah...

Assalammualaikum...
Rasa macam baru semalam ja anak aku mula bercuti. Tup2 dah nak masuk thn baru dan sesi persekolahan dah nak mula. Hai cepat benar masa berlalu. Sesi baru barang2 juga mesti nak yang baru... Alhamdulillah , suami ku mampu mengadakan keperluan persekolahan anak2ku. Yang sulung bakal memasuki darjah dua dan yang kembar akan ke tadika. Tahun ini aku pasti lebih sibuk. Menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Teringat pula nostalgia masa kecil2 dulu. menjelang ja sesi baru persekolahan , arwah mak dan ayah akan bawa kami ( aku dan adik beradikku.. op kos, heheeh ) membeli barang kelengkapan sekolah . Arwah mak akan pastikan keperluan cukup . Dari beg sekolah ke pemadam , semua mesti ada. Aku pula bila dah dpt kelengkapan baru , balik rumah ja terus letak atas katil tepi bantai . Sebelum tidur mesti nak tatap puas2... heheehe . Seronok dapat benda baru kan??? hahaha Bila masuk sekolah dapat ja buku teks , arwh ayah la yang akan sibuk membalut buku. Aku jadi assistant ayah. Tolong potong tape tuk lekatkan buku dengan plastik pembalut. :) kekadang tu terlebih potong mula la menyakat adik2.. aku tempek di bulu mata konon macam bulu mata palsu... hhahahaha memang best waktu itu.
Malah bila aku semakin dewasa , buku adik2 ku pula menjadi rutin aku untuk membalutnya. Pastilah aku bekerjasama dgn ayah.. cumanya kali ini ayah pula yang memotong tape.. Hehehe
Membayar yuran mereka juga menjadi tugas aku. Kerna itulah aku tidak melatah dalam soal membeli dan menyediakan barang keperluan sekolah anak2 ku. Mungkin sudah biasa barangkali.
Terngiang2 di fikiran , ungkapan ayah tatkala dia asyik membalut buku , kata ayah walau buku ni dah buruk tp kita kena jaga elok2.. amanah ni. Maka kata2 ayah aku turunkan kepada anak2 ku. Semoga mereka juga dpt lakukan perkara sama untuk cucuku kelak... ( erk, cucu2..... ) :)
Aku kira cukup dulu sampai di sini, ada ruang waktu aku pasti akan menulis lagi.. assalammualaikum :)

Tuesday 20 December 2011

macam-macam hal la....

assalammualaikum....
Dah lama rasanya tak menulis apa2... Dulu mmg suka menulis , pantang ada peristiwa tak kira la sedih ke gembira ke mesti nak tulis. Sampai satu ketika minat menulis kian pudar. Sibuk mungkin menjadi punca utama aku tak menulis lagi.Orang yang kenal aku mungkin akan cakap... sibuk???? duk umah ja kan.. apa la yang sibuk sangat.....
Oh manusia.... Walau wajahku tak menunjukkan riak kurang senang dgn komen korang.. ketahuilah hakikatnya , aku juga punya rasa. Rasa macam nak jerit je.. ko cuba tgk duduk di rumah.. hehehe, mungkin kau takkan wat apa2 sebab ...... kau tentu tak tahu nak mulakan yg mana... nak basuh baju dulukah? masak dulukah? mungkin kemas rumah dulu... tapi anak2 belum mandi.. biar mereka mandi dulu.. tapi kalau sudah mandi mereka mesti lapar... maklumlah sejuk barangkali . Hmmmm.... sesungguhnya ini juga yang aku fikirkan setiap hari :)
Bagi aku tiada salah melontar pendapat , resam hidup manusia memang suka bercakap. Berhati2lah wahai kawan, jgn kerna mulut badan binasa... bukan ugutan! hanya memberi peringatan. Bukankah berpesan2 itu dituntut! Aku manusia biasa. Malah aku akui , hidup ku biasa2 sahaja.Aku punya suami yang ku kira budiman orangnya ( kalau tak kerna apa aku pilih dia... heheehe) punya tiga penyeri hidup , buah hati ku yang sulung amat keletah orangnya , punya bakat humur juga indah paras rupa. Aku juga punya sepasang kembar tidak seiras. Dua2 amat membahagiakan aku dan suami. Tidak pernah bergaduh. Sentiasa mesra bermain bersama2. Untung puteri sulung ku bijak melayan adik2nya. Bagi mereka yang tahu akan perilaku anak2 ku, seringkali mereka hairan akan sikap anak2ku yang bagi mereka sangat baik. Hanya senyuman yang aku ukirkan tika mendengar pujian mereka. Alhamdulillah , syukur ya Allah :)
Bagi seorang isteri dan ibu seperti aku , keluarga adalah segalanya. Dalam mengukur pencapaian terhebat dalam hidup , cukup aku katakan kegembiraan anak2 dan kebahagiaan di wajah suami adalah kejayaan besar untuk ku. Ikhlas ... Mungkin ada yang akan menyangkal akan kata2 ku dan siapalah aku untuk tidak setuju . Semua orang punya pendapat dan setiap pendapat itu pasti datang dgn hujah2.
Aku kira cukup sampai di sini dulu , punya ruang waktu aku akan menulis lagi. Salam :)