Powered By Blogger

Wednesday 4 January 2012

kesiannye...

Assalammualaikum..
Pagi ni buka pesbuk aku baca satu pautan member. Sedihnya story dia . Kisah pasal luahan hati seorang suami yang dicurangi isteri dia :( Selalu sangat kalau kita baca kisah suami buat hal , tapi klu cerita isteri buat hal aku jarang sangat dengar ( korang aku tak taw la pulak :) Mungkin ini namanya ujian allah kan? Suami dah baik sikap , bertanggungjawab , mampu sediakan yang terbaik buat keluarga dah si isteri pulak yang tinggin masuk sarkas ( main kayu tiga daaaa...) Betapa si isteri ni tidak mengenal untung , sudah di beri susu tuba juga yang dibalas.. Nafsu kalau tidak dikawal memang merosak jiwa . Sudahnya bukan diri sendiri ja yang binasa , hbais satu keluarga.. manakan tidak , si suami menanggung dosa isteri ( kalau dia ceraikan isteri dia kan bagus...) anak2 semua dah hilang respek kepada ibu mereka ( bila tembelang dah pecah bau busuk mesti dapat dihidu ..) Duduk serumah tetapi tidak bersama . Hilang nikmat kasih sayang kerna mengejar keseronokkan 10 min ( tak berbaloi langsung , stupid)
Kekadang aku tak salahkan kawan2 yang takut nak berkahwin . Betui jugak kata mereka , nak hidup dengan orang asing walau dah kenal bertahun tetapi mana ada jaminan setia . Hati bila2 masa pun boleh berubah . Tidak sanggup nak ambik risiko . Malah ada kawan2 aku yang senang hidup solo . Nak ke mana tak ada yang larang , nak buat apa2 tah ada yang halang. Bebas kata mereka .
Bagi aku yang semuda 20 tahun sudah bergelar isteri , jaminan memang tak ada . Bagi aku berkahwin ni macam gambled ( bukan suruh korang masuk kasino ke atau pintu belakang umah apek judi pulak noooo :) Gambled bagi aku , kalau taruhan ( pasangan kita )tu menjadi , makanya untung la nasib kita kalau tidak rugilah :) Jodoh pertemuan di tangan tuhan , tapi jangan nak salahkan tuhan pulak bila jodoh macam puaka ye.. :) Percaya pada qada' dan qadar . Percayalah sesuatu yang terjadi pasti ada rahsia dan hikmah disebaliknya . Sesungguhnya allah beri yang kita perlu bukan yang kita mahu :)
Hidup berumahtangga ni , ada pasang surutnya . Kekadang rasa macam top of the world ,kekadang rasa macam nak jerit kuat2 nak lepas je apa yang terbuku di dada :)ikhlas ni bercakap dari pengalaman sendiri :)tapi tuk berlaku curang ... nauuzubillah ,tak pernah terlintas lagi le.. habis jahat niat ni nak perabis duit dia ( dia di sini merujuk kepada mi hubby k) makan kfc je.. ( betui tak tipu.. family bucket 50hengget tak habis ok :) tu kira habis jahat la tu ( tetiba kita rasa diri tersangat chomel pulak :)Lagipun tak sanggup kut nak nusyuz2 ni.. kena kuali panas pun dah sakit , inikan pulak azab api neraka ... huh x mo xmo :)
Ada ulamak yang kata perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , tp tak la bermakna korang jahat bila dpt pasangan yang puaka ok.. Anggaplah itu ujian dari allah , allah kan menguji hambanya yang dia sayang.. untung korang kalau korang redha dgn ujian.. sakit hati perit pasti di balas syurga kelak , insyaallah :)
So, bagi kawan2 yang takut risiko berkahwin , apa yang aku boleh katakan jadikan kisah orang lain satu pengajaran doa dan berharap kepada kebaikkan ok , jangan hanya tengok keburukkan berkahwin tengoklah kebaikkannya juga hehehe salah satunya , adala yang boleh korang harapkan bila katak masuk umah ( dun like katak :) adala mata yang korang boleh jamu ngan kecantikkan korang tanpa rasa berdosa (betui ni )kalu suka berpefume2 haa boleh pakai sampai pening tapi tak dosa pun.. itu tuk pompuan , memember yang lelaki bila lagi nak kutip pahala mengasihi pompuan bergelar isteri?? Sayang isteri dpt pahala , cari nafkah tuk dia dapat pahala pendek kata pandang muka dia dgn perasaan sayang pun pahala taw.. :) sempurna hidup umat muhammad , tak maw ke??
So.. dun takut2 , aku doakan korang beroleh jodoh yang baik hidup bahgia bersama2 mencari redha ilahi :)

No comments:

Post a Comment