Powered By Blogger

Friday 30 December 2011

yeay... thn baru nak mai dah..!!

Asslammualaikum..
Hari ni hari jumaat terakhir umtuk thn 2011 . Pejam celik pejam celik dah nak masuk thn 2012 . Sekilas fikiran melayang memikirkan kejadian sepanjang tahun 2011 ni.. Tahun ni bermula dengan anak sulung masuk darjah satu . Sedikit panik bila tgk dia tak dpt menjawab solan ujian untuk menentu kelas . Terdetik di hati kesian anak aku :( Terus bertekad nak pastikan dia pandai membaca . Sesungguhnya kunci menjawab ujian tu adalah tahu membaca soalan yang tertera di kertas soalan . Alhamdulillah , masik minggu ke2 persekolahan anakku fasih membaca . Subjek matematik aku tidak risau sangat kerna anakku pintar dalam mengendalikan nombor . Setelah misi ku berjaya (memastikan dia pandai membaca.. :) aku diuji lagi dgn masalah yang menimpa anakku di sekolah . Hati ibu mana yang tidak gusar apabila melihat anak tidak ceria dan sedih bila di tanya pasal keadaan di sekolah . Salah seorang rakan sekelas gemar membuli dia Seperti biasa aku memberi nasihat dan semangat agar dia tidak terus di buli . Alhamdulillah kejadian buli itu terhenti di situ sahaja .
Pejam celik pejam celik , anakku berjaya mengharungi musim persekolahan dgn sempurna . Keputusan peperiksaan juga membanggakan aku . Malah kata guru kelasnya anakku pintar dan senang diajar , sejuk perut katanya.. :) Maka hari2ku dilalui dgn baik dan biasa2 sahaja.
Apabila tiba hari raya , seperti biasa aku menyambut bersama2 keluarga tanpa arwah mak dan ayah . Kehilangan mereka amat dirasai apabila melihat wajah adik2 ku . Terngiang2 pesan arwah agar menjaga adik2 , buangkan sikap pemarah ( akak masih mencuba mak..:) sayang dan hargai suami dan anak3... Sesungguhnya aku amat merindui nasihat dan leteran mak dan ayah, semoga roh mereka bersama orang2 beriman amin .
Bulan november merupakan ujian buat ku dan abang yang sulung apabila adik lelakiku ingin bertunang . Urusan gubahan hantaran diserahkan kpdku . Walau ini kali ke3 aku melakukan gubahan , alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan :) Hari meminang , majlis berjalan dgn sempurna :) Ketika itu memng terasa pengorbanan mak dan ayah .Manakan tidak , baru dpt kurasai susah payah menganjurkan majlis . Masa aku bertunang dan seterusnya berkahwin ,segala urusan mak dan ayah yang selesaikan . Dalam usia muda (28 thn.. muda ke??? :) aku dah merasa memikul tanggungjawab besar , syukur ya allah pengalaman sebegini mendewasakan aku .
Penghujung tahun keluarga hubby diuji apabila mak mentua ku dimasukkan ke hospital . Setelah lebih seminggu di hospital , alhamdulillah doktor benarkan beliau pulang . Sekarang sudah berselera kembali makan (mak , semoga mak kembali sihat seperti sediakala amin.. :)
Bila kuimbas kembali sesungguhnya tiada apa2 yang sensasi ttg hari2ku selama 365 hari ini. Aku tetap sama , bezanya dulu aku tak pernah terfikir akan memandu kerete.. sekarang aku juga bergelar pemandu . Dulu pernah terfikir nak tgglkan anak3 ( takut tak dpt mengharungi karenah anak3 ) skg anak3ku lah semangatku , sebab aku bangun setiap pagi . Seperti kata pepatah lah bisa tegal biasa.. Dulu pantang silap sikit melenting meroyan lah aku marah2 skg aku bnyak berfikir dulu br bertindak.. :)
Kedatangan thn baru 2012 ni tetap aku nanti2kan.. Semoga thn baru ini akan lebih bermakna dan aku akan lebih bersemangat mengharungi hari demi hari bersama keluarga tersayang di dalam keredhaan Allah swt . Semoga aku kekal positif anak3 dan hubby berjaya cemerlang gembira sihat sejahtera... Ku doakan juga agar korang happy dan berjaya mendapat apa sahaja yang korang inginkan....Amin :)

2 comments:

  1. Cla, bila hg sebut psl ibu & ayah, mmg aku rasa sayu. Masa depa ada kenalah kita hargai. Aku bersyukur mak ayah aku ada lg di dunia ni. Aku selalu trbayang mak ayah hg sama2 meniaga. Aku teringat lg gaya dua org tu. Sorang menggoreng karipap, sorang lagi bersembang dgn pelanggan : ) Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. aku missed depa gila2 ayu..dulu waktu arwah mak aku ada , sesekali balik penang mmg berkepit ja dgn dia.. even dah kawin pun klu blik mesti tido sesama:) pas tu bila mak aku meninggal aku jd closed ngn ayah aku , segala masalah dia , aku la yang tolong dengar.. tiap2 hari dia tipon , sampai bila ayah aku meninggal aku mcm tak boleh terima sebab dia tak sakit terlentang , jantung.. perginya dia dgn cepat , sampai kekadang aku ckp dkt hubby ayah tak tipon pun hari ni.. hubby pandang then ckp ayah kan dah tak de.. :( sedih betui time tu , walau hubby and anak3 ada tapi aku mcm rasa sepi .. lonely ja.. mata taw nak tiyak ja.. tidor pun tutup muka coz tak mo hubby taw aku tiyak tinggat kat depa dua.. :'(

    ReplyDelete