Wednesday, 21 December 2011

nak buka sekolah dah...

Assalammualaikum...
Rasa macam baru semalam ja anak aku mula bercuti. Tup2 dah nak masuk thn baru dan sesi persekolahan dah nak mula. Hai cepat benar masa berlalu. Sesi baru barang2 juga mesti nak yang baru... Alhamdulillah , suami ku mampu mengadakan keperluan persekolahan anak2ku. Yang sulung bakal memasuki darjah dua dan yang kembar akan ke tadika. Tahun ini aku pasti lebih sibuk. Menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
Teringat pula nostalgia masa kecil2 dulu. menjelang ja sesi baru persekolahan , arwah mak dan ayah akan bawa kami ( aku dan adik beradikku.. op kos, heheeh ) membeli barang kelengkapan sekolah . Arwah mak akan pastikan keperluan cukup . Dari beg sekolah ke pemadam , semua mesti ada. Aku pula bila dah dpt kelengkapan baru , balik rumah ja terus letak atas katil tepi bantai . Sebelum tidur mesti nak tatap puas2... heheehe . Seronok dapat benda baru kan??? hahaha Bila masuk sekolah dapat ja buku teks , arwh ayah la yang akan sibuk membalut buku. Aku jadi assistant ayah. Tolong potong tape tuk lekatkan buku dengan plastik pembalut. :) kekadang tu terlebih potong mula la menyakat adik2.. aku tempek di bulu mata konon macam bulu mata palsu... hhahahaha memang best waktu itu.
Malah bila aku semakin dewasa , buku adik2 ku pula menjadi rutin aku untuk membalutnya. Pastilah aku bekerjasama dgn ayah.. cumanya kali ini ayah pula yang memotong tape.. Hehehe
Membayar yuran mereka juga menjadi tugas aku. Kerna itulah aku tidak melatah dalam soal membeli dan menyediakan barang keperluan sekolah anak2 ku. Mungkin sudah biasa barangkali.
Terngiang2 di fikiran , ungkapan ayah tatkala dia asyik membalut buku , kata ayah walau buku ni dah buruk tp kita kena jaga elok2.. amanah ni. Maka kata2 ayah aku turunkan kepada anak2 ku. Semoga mereka juga dpt lakukan perkara sama untuk cucuku kelak... ( erk, cucu2..... ) :)
Aku kira cukup dulu sampai di sini, ada ruang waktu aku pasti akan menulis lagi.. assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment