Powered By Blogger

Tuesday 20 December 2011

macam-macam hal la....

assalammualaikum....
Dah lama rasanya tak menulis apa2... Dulu mmg suka menulis , pantang ada peristiwa tak kira la sedih ke gembira ke mesti nak tulis. Sampai satu ketika minat menulis kian pudar. Sibuk mungkin menjadi punca utama aku tak menulis lagi.Orang yang kenal aku mungkin akan cakap... sibuk???? duk umah ja kan.. apa la yang sibuk sangat.....
Oh manusia.... Walau wajahku tak menunjukkan riak kurang senang dgn komen korang.. ketahuilah hakikatnya , aku juga punya rasa. Rasa macam nak jerit je.. ko cuba tgk duduk di rumah.. hehehe, mungkin kau takkan wat apa2 sebab ...... kau tentu tak tahu nak mulakan yg mana... nak basuh baju dulukah? masak dulukah? mungkin kemas rumah dulu... tapi anak2 belum mandi.. biar mereka mandi dulu.. tapi kalau sudah mandi mereka mesti lapar... maklumlah sejuk barangkali . Hmmmm.... sesungguhnya ini juga yang aku fikirkan setiap hari :)
Bagi aku tiada salah melontar pendapat , resam hidup manusia memang suka bercakap. Berhati2lah wahai kawan, jgn kerna mulut badan binasa... bukan ugutan! hanya memberi peringatan. Bukankah berpesan2 itu dituntut! Aku manusia biasa. Malah aku akui , hidup ku biasa2 sahaja.Aku punya suami yang ku kira budiman orangnya ( kalau tak kerna apa aku pilih dia... heheehe) punya tiga penyeri hidup , buah hati ku yang sulung amat keletah orangnya , punya bakat humur juga indah paras rupa. Aku juga punya sepasang kembar tidak seiras. Dua2 amat membahagiakan aku dan suami. Tidak pernah bergaduh. Sentiasa mesra bermain bersama2. Untung puteri sulung ku bijak melayan adik2nya. Bagi mereka yang tahu akan perilaku anak2 ku, seringkali mereka hairan akan sikap anak2ku yang bagi mereka sangat baik. Hanya senyuman yang aku ukirkan tika mendengar pujian mereka. Alhamdulillah , syukur ya Allah :)
Bagi seorang isteri dan ibu seperti aku , keluarga adalah segalanya. Dalam mengukur pencapaian terhebat dalam hidup , cukup aku katakan kegembiraan anak2 dan kebahagiaan di wajah suami adalah kejayaan besar untuk ku. Ikhlas ... Mungkin ada yang akan menyangkal akan kata2 ku dan siapalah aku untuk tidak setuju . Semua orang punya pendapat dan setiap pendapat itu pasti datang dgn hujah2.
Aku kira cukup sampai di sini dulu , punya ruang waktu aku akan menulis lagi. Salam :)

2 comments:

  1. Bagus Cla, luahan yang sungguh ikhlas. : ) Suka aku baca pasal family & anak2 hg. Keep on writing & be happy selalu k.

    ReplyDelete