Saturday, 31 December 2011

haaaa... meh sini ceq cla nak kongsi rahsia

Assalammualaikum..
Wahhh... title macam bes ja .Rahsia kan , sapa tak suka dengan rahsia... :)
Tadi aku baru jumpa satu member ni , dah lama tak jumpa . Maklumlah kitorang selalu jumapa time pick up anak dari skool . Dah nama skola cuti , mmg tak da la program menghantar mengambik anak kan?? :) Sebulan tak jumpa , bila jumpa berbual panjang la.. Dah tak peduli dah org lalu lalang tepi jalan pun kitorang layan sembang.Dalam duk sembang , aku perasan jugak la dia duk perati aku atas bawah . Lama2 dia pun tanya . Nampak slim la sekarang ( slim ka? )Makan ubat apa? Share la.. katanya .
Aku sengih ja . Lama jugak la dia duk ulang solan sama last2 , aku mengalah . Aku cakap tak makan ubat apa2 pun , dah badan tak mo naik makan mcm tu juga.. Dia macam tak mo percaya , tp apa aku boleh buat memang betui pun... sorry la klu jawapan aku tak seperti dia harapkan... Dia ckp dia try berdiet dalam masa sebulan ni tapi result hampeh . Kesia pulak aku dengar , what to do??? Metabolisme setiap org kan berbeza2..
Balik dari kedai , aku capai satu majalah . Saja belek2 sebab astro tak da siaran , hujan lebat kat area umah aku ni ha... Dalam duk belek2 tu sekali jumpa la satu artikel . Aku kira sesuai la tuk mereka yang tgh nak berdiet ni . Mana la taw kut2 azam thn baru korang nak slim melim kan body anugerah allah ni.. :)
Sekurang2nya tip2 ni boleh la membantu korang konsisten berdiet..
Langkah pertama : korang list apa sebab korang nak diet . Listkan sekali keuntungan yang korang dapat bila korang berjaya slim nanti .Ini dapat memotivasikan korang dan juga membantu korang bertahan .
Langkah ke2 : korang berpijak la pada bumi yang nyata ok . Means , tak yah la nak target penurunan besar mcm seminggu 10 kilo heheeh.. Dpt turun seminggu 2kg pun dah ok .
Langkah ke3 : korang jangan dera badan korang k , means , jgn la tetapkan sehaari 3 jam senaman . Cukup sekadar seminggu 3 kali . Aku pernah baca ( dimana aku dah lupa :) writer tu tulis , senaman hanya membantu proses mengurangkan berat , diet seimbang adalah yang lebih penting . Means , klu korang bersenam bagai nak patah tulang pun klu korang lepak kat mamak order roti canai teh tarik bagai .... sendri maw ingat :)
Langkah ke4 : korang mesti ada penyokong , mb hubby/wife , mak ayah or adik beradik and opkos member.. Sekurang2nya adalah yang akan ingatkan korang klu korang terlajak makan.. ( penting ni sbb kita bkn hidup sesorang ok ) Dun malu tuk mntak tolong mereka .
Langkah ke5 : korang pergi dekat dapur then buang semua snek , cekedis , sweets , makanan segera ( post kat aku pun aku terima.. membazir amalan syaitan :)Gantikan dgn buah2an atau kudap2an yang sihat .
Sebagai tambahan , ni tips aku sendri.. pergi mana2 kedai baju or jeans . Beli sehelai yang korang rasa korang nak sangat pakai klu mahai lg bagus . Balik umah gantung di tempat yang korang selalu lepak . Hari2 korang cuba pakai , try sampai boleh . Mungkin hari pertama korang akan sedih tension bagai.. ( mungkin jugak korang akan tiyak sambil jerit whyyyyyyy ... hehehe macam aku ) Tp bila korang dah boleh saruk baju or jeans tu (tanpa menyesakkan napas :) mesti korang rasa mcm top of the world lah.. ( mcm aku :)Bukan apa selain happy sebab loose weight korang juga happy la coz tak la korang membazir klu baju tu mahai :)
Korang mesti ingat , kekadang bila korang berdiet tak semestinya korang kena lupakan terus makanan pebret korang . korang boleh enjoy juz bersederhanalah :) Lagi satu ,tok sah duk naik penimbang hari2 , memadailah seminggu sekali , trust me penimbang bknlah bespren korang time diet2 ni... (boleh wat korang g kedai beli es krim , tak percaya??? aku dah merasa le... stress terus ,makan dah diet sihat tapi timbang jarum duk tang tu jugak..:)
Klu korang nak taw apa tu diet sihat , senang je kurang garam kurang kalori banyak mkn buah minum air.. its simple as that ( but why so difficult to follow , haaa tang ni la korang kena persiap mental korang..) makan ketika lapar sudah seblom kenyang mcm tun mahathir pun boleh .Makan tuk hidup bkn hidup tuk makan . Kekadang kita makan bukan sebab kita lapar tapi sebab kita nak makan . Malaysia kan bumi bertuah , makan sana sini.. So , everything is in your hands . Make a choice . Samada korang nak hidup sihat dan gembira atau hidup gembira ( kenyang makan la katakan :) tapi baju kena shopping certain2 kedai( klu aku terus tak gembira.. :) So choice wisely kawan.. korang boleh buat punya la.. chaiyo chaiyo , hidup sihat rasa hebat :)

No comments:

Post a Comment