Powered By Blogger

Saturday, 25 February 2012

when my princess turn 8th... :)

dah 8 tahun sejak aku jadi mother... dah 8 thn jugak la aku mula faham erti kasih seorang mak..
dan dah 8 tahun jugak aku bersyukur aku dirahmati allah dgn kesempatan menjadi seorang insan yang berpeluang mendidik generasi seterusnya....
wahhhh... ttba terseru pulak semangat jati diri.. :)
Sebenarnya nak post something pasal my princess 8th besday.. weeee :) happy besday sayang , semoga manja ibu n abah bahgia berjaya cemerlang sihat sejahtera dunia akhirat... girl, make me n abah proud ok :) amin...
Well , tahun ni anak dara aku dah berubah imej.. berhijab :) Alhamdulillah. Tak da paksaan sapa2 pun, cuma satu hari bila dia pulang dari sekolah agama ( sekolah petang) dia cakap 'ibu kakak dah 8 thn kan? dah boleh pakai tudung kan? kita org islam kena tutup aurat kan? ' aku iakan ja, tapi x terlintas dia serius.. Selepas beberapa hari ketika aku n hubby nak bawak anak3 keluar jalan2 dia cakap nak pakai tudung. Aku kata kalu kakak nak pakai tudung kakak kena pakai betui2, x boleh hr ni pakai esok takpakai.. ibu x suka mcm tu.. Dia jawab ok.. tapi aku masih anggap dia saja nak berfesyen.. mana taw kut2 dia tersuka watak izah _ombak rindu hehehehe... Rupanya dia seyes, sbb sampai hari ni dia still x lupa kenakan tudung time kitorang kluaq.. alhamdulillah..
Itu bab imej.. bab pelajaran , dia dah makin maju.. kerja sekolah tak diabaikan.. selalu membaca tuk adik2.. malah sampai ja depan pintu rumah benda pertama dia tanya kat twin ' adik abang ada kerja sekolah x?' :) Alhamdulillah , boleh x aku tepuk tangan tuk diri sendri? op kos la... hahahaha 
Tentang keyakinan diri... hmmm , kalu dulu dia sll balik cerita kat aku kalu kawan2 usik kat sekolah dia akan nangis.. sekarang kalau aku tanya kawan2 ok? dia jawab  'ok' .. tak kacau kakak? 'kacau jugak tapi tak apa ibu .. kakak x kisah.. depa melawak ja ' syukur ya allah.... puteriku seorang yang positif.. ( ingat senang ???)
Sebenarnya .. jauh di sudut hati, 8thn++ dulu ketika aku disahkan preggy , aku baru berumur 20 thn, masih mempersoalkan apa benar aku bersedia?
Apa aku mampu mewarnai kain putih ini secantik seindahnya.. Apakah corak yang akan ku lakarkan itu nanti sesuai sempurna? Ketika tangisannya yang pertama aku dengar aku fikir slesai sudah tanggungjawab aku melahirkan zuriat suami. Tanggungjawab isteri sudah aku jalani.. tapi sebenarnya itu bukan akhirnya.. ia hanya permulaan hidup baru kami... :)
Setiap hari adalah pengalaman baru.. tika itu dapat aku fahami perasaan ibuku sendiri.. Sesungguhnya lahirnya athirah adalah permulaan hubungan baru aku dan arwah mak.. Setiap perasaan dia dapat aku rasai.. rupanya itulah dia pengorbanan mulia seorang ibu... Segalanya tentang anak didahulukan , sakitnya sakitku.. sedihnya sedihku.. senyumnya kegembiraanku..  :)
Kalau dulu aku persoalkan kemampuanku mendidik amanah allah ini.. sekarang aku tahu dalam mendidik kekadang kita juga belajar dari didikkan itu sendiri..  :)

No comments:

Post a Comment